Tuesday, September 23, 2008

Salam Takziah


Jam 4 pagi tadi saya mendapat panggilan talifon daripada sahabat; mengajak ke Terengganu menziarahi salah seorang Ahli Usrah PMIUM yang baru sahaja kematian bapanya.

Saya panggil dia dengan pangilan Kak Hafizah. Baik orangnya. Penah jadi ahli jawatankuasa, semasa saya pegang potfolio Lajnah Penerbitan PMIUM 06/07. Memang dari dahulu saya pernah dengar yang ayahnya sakit. Keadaannya agak teruk dan terlantar dihospital. Takziah saya ucapakan kepadanya dan ahli kelauarganya.

Setiap yang hidup pasti menemui saat kematian. Kematian itu merupakan satu perpisahan yang bersifat sementara antara yang hidup dan yang mati. Sehingga semua manusia dibagkitkan semula di Mahsyar 'nanti'. Justeru, jangan lah kita terlalu bersedih sedangkan kita kita berbuat apa-apa persediaan apabila dipertemukan di Mahsyar nanti. Semoga Allah mencucurkan rahmat kepada ayahnya dan ditempatkannya di tempat yang mulia. Amin.

Apa yang diucapkan bila menerima berita kematian sahabat
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan:


Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!

Sumber: http://www.perjalanansuci.com/ZikirKematian/Zikir-Zikir.htm

No comments: