Tuesday, September 23, 2008

Fire Prevention Centre


Tempoh hari baru sahaja saya mendengar taklimat keselamatan kebakaran di Maxlane Sdn. Bhd ofis tempat kerja. Sangat baik pendedahan yang diberikan. Tapi sebelum sesi itu, macam nak lari je dari dengar taklimat sebabnya sudah set kat minda boring dan bosan:) Tetapi sebenarnya bukanlah seteruk yang dijangkakan malahan sebaliknya pula.

Ikut penceramah, kebakaran boleh berlaku disebabkan tiga unsur iaitu OKSIGEN, BAHAN API, dan HABA. Senang sahaja, jika ada unsur bahan api atau haba yang melebihi had, akan bertindak balas dengan oksigen lalu menyalakan api. Sebab itu lah, salah satu jenis bahan alat pemadam kebakaran adalah karbon dioksida iaitu lawan kepada oksigen. Ye, api juga perlukan udara untuk bernafas. Udara yang segar dan bertiup kuat akan menjadikan api semakin sihat:)

Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan untuk memadamkan kebakaran. Biasanya kita boleh lihat label ABC kat tong alat pemadam api.

1. Kelas A - Bahan pepejal (combustion solids), contohnya seperti kayu, kain, kertas, longgok sampah dll. guna APA jenis A.

2. Kelas B - Bahan jenis cecair mudah terbakar (combustible liquids) seperti petrol, kerosene, diesel, methanol dan lain2. APA jenis B.

3. Kelas C - Gas yang mudah terbakar (combustible gases) seperti gas yang digunakan untuk memasak, hydrogen dan lain lain gas.

4. Kelas D - Jenis bahan2 logam (combustible metals) seperti kalium, kalsium magnesium dan lain2 lagi.

Dalam ceramah tu, apa beberapa teknik menyelamatkan diri yang di cadangkan; Situasi 1: Apakah benda yang perlu diambil dahulu apabila berlaku kebakaran?
1- Lampu Picit
2- Hand Phone
3- Sebotol Air

Bila berlaku kebakaran, apabila asap memenuhi ruang pandangan, penglihatan akan menjadi semakin terbatas dan kita akan teraba-raba di dinding untuk bejalan. So, biasanya dinding akan panas disebabkan api dan tangan kita akan terbakar. Hand Phone sangat penting untuk menghubungi orang luar suapaya amenyelamatkan kita dan memberitahu mereka kedudukan kita. Air botol pula, untuk kita berkumuh dan mengeluarkan segala toksid yang tersangkut di tekak disebabkan menyedut asap kebakaran. Kalau tak, kita hanya ada masa 2 minit sahaja untuk hidup:) Basuh muka akan membantu kita merasa sedikit tenang dan selesa untuk meneruskan usaha menyelamatkan diri.

Situasi 2: Jika kita berada di tingkat atas (cth tgkt 10) dan kebakaran berlaku di tingkat bawah (cth tgkt 5), apa yang perlu dilakukan?

Pertama sekali kita jangan panik. Pastikan dahulu di mana kebakaran berlaku, kanan atau kiri bangunan?. kita tidak boleh membuka pintu bilik dengan sewenang-wenangnya sebabnya, asap hanya mengambil masa 5 saat untuk bergerak sejauh 1 meter. Jika kita buka pintu, kebakaran akan menarik semua oksigen yang berada dalam bilik kita dan peluang untuk kita terus bernafas akan terhad. Kita pastikan pintu yang selamat untuk keluar dan terus mendapatkan tingkap. Kerana biasanya bomba dan penyelamat akan memberi fokus kepada tingkap bagi mengenal pasti mangsa yang terperangkap. Kita di nasihatkan untuk merangkak atau crowling kerana asap akan memenuhi bahagian syiling bilik, dan kita mempunyai peluang untuk bernafas walaupun oksigen yang terhad.

Secara kiraan sains, ketika keadaan cemas, orang muda akan mengalami 'blank mind' selama 32 saat. Dalam masa ini, otak tidak akan berfungsi dengan baik untuk memikirkan cara menyelamatkan diri. Orang tua pula akan kehilangan 'akal' selama 52 saat.

Justeru, kita perlu menenangkan diri dan berfikir dengan baik apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Antaranya:-

a: Menghubungi Bomba (dalam keadaan cemas, nombor talifon bomba pun kita akan lupa. Dail 999)
b: Mencari topeng keselamatan 'Mask' (jika ada). Sebab itu, kita apabila memasuki sesuatu bangunan atau pasaraya, perkara yang perlu diteliti adalah pinti kecemasan dan juga alat bantuan kebakaran.
c: Memandu kawan lain atau keluarga (jika ada) untuk keluar dari kawasan kebakaran.

Situasi 3: Jika kita melihat kawan kita sedang terbakar?

1- Jika kebakaran kecil, kita cuba sedaya upaya mematikan api itu, jika gagal dan merebak ke 30 peratus bahagian tubuh badan;
2- Minta mangsa kita buka pakaian dan jika sukar;
3- Minta mangsa berguling-guling di lantai sementara kita;
4- Mengambil balankat atau apa-apa kain dan dibasahkan seterusnya kita balut tubuh mangsa.

Perlu diingat!
1- Jangan sekali-kali kita mengambil air dan simbah kepada mangsa. Situasi akan menjadi sangat buruk.
2- Jangan tepuk api di badan mangsa walaupun untuk memadam api yang sudah marak kerana mangsa akan tambah meraung dan kita akan menjadi semakin panik
3- Jangan menggunakan alat pemadam api karbon monoksida kerana mangsa akan mati sejurus kita sembur.

No comments: