Sunday, September 21, 2008

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum.


Rasanya telah lama saya tidak menulis dalam blog ini (lebih kurang 2 bulan). Alhamdulillah Allah menggerakkan hati untuk sambung menulis. Sebenarnya sejak bermula semester pengajian 08/09, saya mendapat tawaran menjadi R.A (researh assistant) kepada seorang ahli peniagaan yang sedang membuat kajian di peringkat Ph.D.. Jadi, di samping belajar, jadi pembantu penyelidik separuh masa.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan isu semasa politik tanah air. Isu peralihan kuasa (take over goverment) oleh pakatan Rakyat nampaknya semacam menguasai suasana dan minda masyarakat Malaysia.

Dalam hal ini, peranan media sangat hebat sehingga dua blogger ditahan polis dibawah Akta Hasutan dan ISA. Maka, tidak hairanlah jika sekarang ini setiap MP atau Adun hinggakan SU Politik dan sesiapa sahaja memiliki Blog mahupun Website.

Jika dahulu (mungkin 10 tahun dahulu), masuk bulan Sya'ban sahaja sudah terasa bahang kemeriahan aidil fitri, tetapi suasana sekarang berubah. Sudah masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan masih lagi tidak terasa kehangatan Aidil Fitri itu.

Sebab apa agaknya ye.. Pada pendapat saya, masyarakat Malaysia sekarang ini lebih menumpukan perhatian kepada isu politik. Ditambah pula dengan peranan media arus perdana yang banyak mengulas dan terlalu menonjolkan isu politik secara konsisten sejak pilihanraya kecil Permatang Pauh..

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini.

No comments: