Thursday, May 22, 2008

PAK TURUT



Dalam sebuah program kepimpinan mahasiswa yang saya turut serta sebagai urusetia baru-baru ini, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan utama, dibangkitkan oleh peserta program.

Perkara tersebut adalah 'pak turut'. Rata-rata di kalangan peserta yang memberikan definisi pak turut itu adalah 'orang yang hanya mengikut arahan fasi dalam semua hal'.

Maka, sebagai tindakan reflek atau respon yang diberikan mereka (peserta) adalah dengan mengingkari arahan yang diberikan fasi beserta beberapa alasan atas tindakan mereka itu. Pada pandangan fasi, alasan yang diberikan itu tidak munasabah. Mereka melakukannya adalah untuk 'mebebaskan' diri daripada istilah 'Pak Turut'.

Persoalannya di sini, walaupun mereka bebas daripada menjadi 'pak turut' akan arahan fasi tadi, adakah ia boleh bebas daripada menjadi 'pak turut' kepada 'nafsu' dan 'kejahilannya' sendiri?

Pada hemat saya, apa yang dimaksudkan dengan 'Pak turut' adalah orang yang menuruti sesuatu atau semua perkara tanpa landasan ilmu pengetahuan. Maka, tindakan yang diambil dengan mengingkari arahan fasi itu adalah tidak betul dan menjadikan mereka 'Pak Turut' kepada nafsu dan kejahilan mereka sendiri.

Cara yang betul adalah, cuba memahami apakah sebenarnya tujuan arahan tersebut diberikan. Sebagai contoh, pesilat tomoi akan memulakan latihan untuk menguatkan kaki dan tendangan mereka dengan menyepak pokok pisang, peringkat seterusnya adalah dengan berlatih menyepak batang pokok kelapa. Sudah tentu ia akan menyebabkan tulang kering bengkak dan boleh mengakibatkan keceraan seperti luka, patah dan sebagainya.

Atas dasar ilmu pengetahuan, latihan tadi adalah untuk menguatkan tulang kering kaki yang menjadi asas dalam seni pertahan diri tomoi. Maka, mereka ini tidak dinamakan 'Pak Turut'. Walau bagaimana pun, jika mereka ini tidak memahami tujuan latihan sepakan tersebut, dan mereka hanya menuruti sahaja, maka mereka dinamakan 'Pak Turut'.

Permasalah Pak Turut ini sebenarnya boleh dielakkan jika kita mempunyai ilmu pengetahuan.

No comments: