Thursday, May 22, 2008

KERJA untuk HIDUP atau SUKA-SUKA



Ada satu istilah yang dinamakan 'Financial Freedom', sangat popular di kalangan orang yang bercita-cita merancang kewangannya. Sebenarnya saya pun tidak mampu untuk menghuraikan dengan tepat maksud istilah ini tetapi melalui pembacaan dan pendedahan daripada ceramah kewangan, financial freedom adalah, seseorang itu tidak perlu bekerja untuk wang (memerah keringat & membanting tulang), tetapi wang itu sendiri akan bekerja untuknya. Maksudnya di sini, hanya duduk goyang kaki, duit masuk dalam saku (akaun). Tidak perlu fikir 2 kali untuk bersedekah ataupun membuat kerja amal. Tidak perlu risau akan hari esok, lusa dan seterusnya kerana wang untuk hari seterusnya sudah menanti untuk 'menyerah' diri kepada kita.

Wah, sungguh menakjubkan sekali pengertiannya. Bagi mencapai target ini, seseorang itu perlulah yang Pertama sekali, memahami maksud Aset dan Liabiliti. Kefahaman terhadap perkara yang menjadi aset dan perkara yang menjadi liabiliti kepada kita supaya ianya dapat dibezakan. Liabiliti seperti kereta. Kita perlu menanggung kos minyak petrol, penyelenggaraan dan kadang-kadang bagi orang yang hendakkan keselesaan, sanggup mengeluarkan wang poketnya untuk menambah aksesori dan sebagainya. Asset pula adalah benda yang membawa keuntungan kepada kita. Seperti mempunyai satu Lot Rumah Teres (SEWA), hasil daripada bayaran sewa itulah, yang kita akan perolehi tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Begitulah maksud dan contoh ringkas antara Asset dan Liabiliti. (nak lebih kefahaman boleh masuk Fakulti Perniagaan dan Perakaunan:). Tidak cukup hanya mengetahui dan mengenal asset dan liabiliti sahaja, perkara yang agak rumit adalah untuk mengurus kedua-duanya.

Berbalik kepada tajuk di atas, apakah tujuan kita bekerja? adakah untuk meneruskan hidup?ataupun kerja ini suatu perkara yang dilakukan suka-suka untuk memenuhi masa lapang dan hobi?. Adakah kerja atau bekerja ini suatu ibadah?

Jikalau kerja itu untuk hidup, maka bekerja ini menjadi suatu keperluan yang akan memenuhi keperluan hidup iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan Handphone. Manusia ini akan akan bekerja dan mencari wang tanpa memikirkan terhadap kepentingan dirinya sendiri, walaupun pada dasarnya kerja itu tidak sesuai dengan nalurinya sendiri. Lantas timbullah istilah guru 20 haribulan iaitu guru-guru yang hanya menunggu wang gaji setiap 20 haribulan dan mengkesampingkan tugas utamanya dalam mendidik dan mengajar pelajar.(sekadar contoh, sebuah kisah tauladan masyarakat Amerika).

Kerja untuk suka-suka pula adalah seseorang itu tidak perlu memikirkan sangat tentang kerjanya lantaran daripada pendapatan dan income nya datang sendiri tanpa perlu bersusah payah memerah keringat (financial freedom). Apabila hidupnya sudah tidak terikat dengan mencari wang semata-mata (kemuadian dihabiskan dan cari semula), dia sudah tidak perlu gusar dan resah untuk mengahrungi kehidupan seterusnya (esok, lusa dan seterusnya). Oleh itu, orang jenis ini mempunyai hidup yang lebih bebas dan mempunyai ruang yang lebih luas serta pilihan hidup yang lebih pelbagai. Situasi hidup ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan pertang' merupakan trend kehidupan segelintir atau sebahagian masyarakat kini. Jika hendak dibandingkan dengan financial freedom pula, seolah-olah tidak perlu kais-mengais, confirm dapat makan.

Walau bagaimana pun, sebagai umat Islam, kita perlu menganggap segala kerja dan amal perbuatan harian itu sebagai Ibadah. Sebagaimana yang dilafazkan setiap hari dalam solah "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah SWT". Kerja itu dikira Ibadah jika niatnya kerana Allah.

No comments: