Friday, May 23, 2008

CUTI SEMESTER

Rakan-rakan (UM) yang sama kemasukkan denganku, bagi mereka, masa ini tidak dinamakan cuti semester, tapi bagiku ya. Puncanya, mereka sudah tamat belajar dan aku masih lagi mempunyai baki satu semester(Julai-Dis).

Jadi masa terluang lebih kurang dua bulan ini (sebelum buka semester baru), aku buat part-time job. Dari jam 5.00 petang hingga 12 malam shift aku, dan kadang-kadang sampai pukul 1 pagi. Iaitu 'menjaga' Cyber Cafe. Menjaga Cyber Cafe bukan seperti pak guard di bank yang sentiasa memikul Pump Gun atau seperti menjaga Main Gate Universiti Malaya yang sentiasa berpakaian uniform, tetapi aku hanya mengurus dan memudahkan pelanggan untuk melayari internet di Cyber Cafe ini. Log in untuk setiap pelanggan, ambil bayaran dan kemudia log out. Sungguh mudah sekali. Aku juga agak bebas dan mempunyai banyak peluang untuk melayari internet.

Memang ada dalam perancanganku suatu hari nanti untuk membuka sebuah Cyber Cafe sendiri InsyaAllah. Pasaran perniagaan yang berteraskan teknologi ini sangat luas. Lebih-lebih lagi internet.

Ya, sekarang ini, sangat mudah untuk mendapatkan maklumat. "Maklumat di hujung jari". Hanya tekan sahaja butang di papan kekunci, taip pada enjin carian google atau yahoo, dengan sekelip mata, maklumat dari seluruh pelosok dunia muncul. Mengikut pemerhatian ku secara rawak, masyarakat kini lebih senang 'bekerja' dengan internet. Lantas muncullah Jutawan Internet 'Irfan Khairi' dan sebagainya. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pula menyaksikan bahawa Malaysia merupakan pengguna dan pelayar blog yang terbanyak di rantau asia. Fenomena ini menunjukkan bahawa kemuadahan Internet ini sudah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia dan menjadikannya medium alternatif utama untuk mendapatkan apa sahaja.

Daripada mendapatkan Maklumat tesis, membaca akhbar, menghubungi rakan, membuat mesyuarat maya, menjana pendapatan, menempah tiket penerbangan Air Asia, membayar saman, membeli kereta Myvi, menderma dan sebagainya boleh dilakukan melalui internet.

Maka dalam cuti semester ini, aku cuba untuk mendalami cara-cara membangunkan laman web, tambahan lagi separuh masaku dalam sehari dihabiskan dengan melayari internet. Jadi tiada alasan lagi bagi diruku untuk cakap "tidak tahu" bila orang tanya, "nta tau buat web?"

No comments: