Sunday, June 1, 2008

SEHARI DI UTARA

Perjalanan ke Kepala Batas semalam menuju ke rumah Hanif Baderun, amat mengujakan. Bertolak dari rumahku di Seksyen 19 PJ pada jam 2.30 pagi dan tiba di Taiping Perak (Kg Boyan)iaitu di rumah sahabatku Suhaili pada jam 5.15 pagi.

Pada jam 10.30pagi, aku meneruskan perjalanan ke Kepala Batas dan tiba di lokasi pada jam 12.30 tgh. Sebenarnya pemergianku ke sana adalah untuk menjadi juru gambar bagi Majlis Perkahwinannya. Sehingga jam 4.00 ptg aku berada di situ.

Pada jam 4.00 petang aku bertolak ke Baling iaitu ke rumah Yusni Yusuf atas tujuan untuk menziarahi Majlis Perkahwinannya. Perjalanan yang berliku-liku itu mengambil masa 2 jam lebih. Jam 6.30 ptg baru tiba ke lokasi. Berkemungkinan besar aku ikut jalan yang jauh kerana sepatutnya dari Kepala Batas ke Baling hanya mengambil masa tak sampai satu jam.( Ya tidak syak lagi)

Selepas makan dan memberikan kepada mereka hadiah, aku meneruskan perjalanan ke Kulim untuk menghantar barang yang dikirim. Aku bertolak dari Baling pada jam 7.15 ptg dan sampai ke lokasi (Kulim) pada jam 8.45 malam. Selepas duduk berborak, aku meneruskan perjalana pula ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam. Aku singgah di Taiping pada jam 11.00 malam, setelah berehat selama 17 minit, jam 11.17 malam, aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Pada jam 2.15 pagi baru aku sampai ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang agak jauh itu tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah.

Walaupun perjalanan itu agak memenatkan, tetapi iainya amat bermakna kerana berpeluang untuk melawat sahabat-sahabat yang melangsungkan Majlis Perkahwinannya. Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

No comments: