Monday, May 5, 2008

MENCARI 'NICHE'



Sejak akhir-akhir ini, semacam suatu fenomena kegusaran yang melanda fikiranku. Ia seperti angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup diangkasa dan apabila melanda daun pokok kelihatan daun itu kekiri dan kekanan. Ia tidak terlalu kuat sehingga memporak perandakan suasana, tetapi ianya berlaku dengan lembut, cukup untuk memberi kesan terhadap psikologiku. Ia seolah-olah menjadi trend dan keadaan semasa bagi mereka-mereka yang bakal menamatkan alam pembelajaran dan akan memasuki alam pekerjaan. Jika semasa alam persekolahan, hanya berfikir untuk peperiksaan, berhibur, membuat aktiviti kebajikan, mendaki gungung, menyapu dan meracun rumput di halaman rumah, main sepak takraw dan sebagainya. Tetapi kini, sudah mula berfikir mengenai apakah perkara yang aku buat itu mempuyai manfaat kepada diriku khusunya untuk masa hadapan (matlamat utama untuk Islam).

Banyak perkara yang sedang berlegar-legar, semuanya terfokus untuk mencari pekerjaan. Tetapi sebelum itu, aku perlu menentukan apakah bentuk minat dan kecenderungan untukku. Bentuk pekerjaan ini secara umumnya ada dua sahaja. Samaada Makan Gaji atau Kerja Sendiri. Dan untuk hal ini, keutamaanku adalah untuk kerja sendiri. Oleh itu, hal inilah yang menjadi cabaran utama sebelum nak kerja, perlu tentukan dahulu apa yang hendak diceburi. Dari bidang penternakkan insustri asas tani (ternak lembu kambing), industri kecil sederhana (IKS), kemudian bidang teknologi komputer, graphic designer, bertukar kepada perunding kewangan (financial planning), agen takaful, membawa kepada wedding photographer. Aku sudah mengambil kursus agro di UPM untuk bidang penternakkan dan IKS, mengambil Microsoft Certificate (Comptia A+), bertalakki dengan beberapa rakan yang sudah berjinak-jinak dan berkecimpung mengenai financial planning dan banyak lagi.

Ini lah yang menjadi kegusaranku dalam menentukan pilihan seterusnya melakukannya. Dalam suatu teori ilmu strategi pengurusan ada dinamakan TFD iaitu Think-Feel-Do. Maknanya di sini aku sudah berfikir dan merasakan perkara itu perlu dilakukan. Maka aku hanya perlu melakukannya sahaja. Kesimpulannya, kerja ini jangan terlalu memilih. Mana-mana kerja adalah serupa (tapi tidak sama) yang membezakan adalah ketekunan dan kesungguhan. BUKANKAH Allah menyukai jika seseorang itu membuat perkara dengan tekun. (InnaAllah yuhibbu iza 'amala ahadukum 'amalan an yutqinahu).

1 comment:

hanif_m_noor said...

hidup itu seperti masa, berjalan dan berjalan...kalau yang 'sepatutnya' tidak ditemui kala ini, mungkin pada masa akan datang...kalau bukan sekarang, mungkin lain kali...


semoga berjaya...