Tuesday, May 20, 2008

TUN MAHATHIR dan MURTAD



Sekarang ni,setiap masa, setiap ketika, setiap tempat, setiap akhbar orang bercerita pasal Mahathir. Saya rasa perkara yang dilakukan olehnya tidak besar sangat pun, hanya sekadar dia nak keluar dari parti (UMNO yang ditubuhkan semula selepas diharamkan pada 1980) atas alasan dia merasakan parti itu mempunyai ketua yang tidak berkaliber dan akan memusnahkan UMNO itu sendiri. Saya katakan begitu kerana apa yang dilakukan oleh Tuk Mahathir hanyalah mengikut tradisi orang terhadulu seperti (Tuanku Abd Rahman dan Tun Hussien Onn yang meletak jawatan Presiden UMNO)

Walaubagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Tuk Mahathir ini adalah untuk kebaikan UMNO itu sendiri (Dakwaan Beliau). Tetapi selain mengambil tindakan keluar dari UMNO, adakah beliau tiada jalan lain?. Kata Nazri Aziz (si bodoh tua), Apa yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah satu ugutan. Ya, mengugut Paklah meletakkan jawatan yang disandangnya, barulah beliau akan masuk UMNO semula. (wah semudah salin pakaian ja!)

Persoalannya, bukankah ugut mengugut ini tradisi dalam pemerintahan ala-UMNO?

Apabila kerajaan kelantan hendak melaksanakan hudud dan hendak menggunakan dinar emas sebagai alat pertukaran jual beli, apa yang kerajaan UMNO buat?.Ugutan juga berlaku di Universiti, pelajar kolej kediaman diugut dibuang kolej dan dinafikan hak biasiswa oleh pentadbiran Universiti Aspirasi (Pro UMNO) atas alasan mereka ini menentang pentadbiran Universiti dan cenderung kepada Pembangkang. Guru atau kakitangan awam atau kerajaan yang cenderung pada PAS atau parti-parti pembangkang disusahkan untuk naik pangkat dan dihukum dengan dipindahkan ke kawasan pedalaman. Mana-mana kampung yang tidak sokong UMNO akan dianak tirikan dari bantuan kewangan. dan banyak lagi.

Jadi, apabila Mahathir bertindak keluar UMNO dan menyeru pengikut lainnya untuk berbuat sedemikian, maka ia adalah tindakan yang betul dan boleh diterima oleh UMNO (Sepatutnya) kerana apa yang dilakukan oleh Mahathir dengan cuba mengugut Paklah meletakkan jawatan adalah cara tradisi UMNO dalam memerintah. Adakah senjata ini (Ugutan) yang diamalkan oleh UMNO sebelum ini dalam berhadapan dengan pembangkang, digunakan untuk menyelesaikan krisis dalaman UMNO sekarang ini?. kalau benar, Nampaknya senjata sudah makan tuan!!.

Pada pendapat saya, tindakan Mahathir ini bukanlah suatu perkara yang besar, kerana ramai orang-orang kuat parti yang keluar dari parti apabila merasakan parti itu sudah menyeleweng dari perjuangan atau ditumbangkan dan dicantas oleh pihak lawan. Lagi pun apa yang dilakukan olehnya tiada bersangkut paut dengan akidah atau tauhid (perkara pokok dalam Islam).

Maka saya katakan apa yang dilakukan oleh Tuk Mahathir ini Tidak salah asalkan apa yang dilakukannya itu tidak merosakkan akidah (hanya keluar dari UMNO bukan murtad). Kerana perjuangan Parti ini boleh terpesong dan bertentangan dengan Agama (ISLAM) jika ketuanya tidak berilmu.

Akan tetapi, apa yang dilakukan oleh Mahathir ini semacam kesalahan yang amat besar sehingga dia dituduh oleh Karpal sebagai ahli politik murahan dan macam-macam lagi. Sebenarnya perihal orang yang keluar agama (murtad) lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Tuk Mahathir ini. Tetapi hal seperti ini hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak walhal ianya berkaitan dengan persoalan Akidah dan kepercayaan Tauhid.

Oleh itu, janganlah kita sebagai umat ISLAM terpesona dengan 'gelagat' dan 'telatah' Tuk Mahathir ini hinggakan kita mengabaikan kes-kes muallaf atau mukallaf yang hendak keluat dari Islam (MURTAD) yang semakin berleluasa sekarang ini.

BIARKAN TUK MAHATHIR TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA!!!

No comments: