Friday, May 2, 2008

BUAT APA DI UNIVERSITI



Setiap orang ada pendirian (untuk mereka yang berpendirian). Aku juga, sejak mula memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, perkara pertama yang perlu ku korbankan adalah Pengajian STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) di Maahad Johor (2004). Tapi itu kisah lama. Kini (2008), jurusan pengajian ku di Universiti adalah Usuluddin Dakwah dan Minor Pengajian Media (Perfileman & Penerbitan).

Pernah satu hari, ketika aku ke kaunter pembayaran, di booth sebuah syarikat penerbit buku antarabangsa (buku tentang Media) yang membuat pameran sempena pameran buku di Dewan Tunku Canselor (DTC) Uni Malaya,aku beritahu tentang pengajianku di Universiti, cashier itu bertanya kenapa amik dakwah dengan media? apa kaitannya?..........

Sebenarnya dakwah dan media itu sangat kuat kaitannya (macam ada hubungan petalian darah). Dakwah adalah suatu usaha yang dilakukan melibatkan kepada interaksi atau komunikasi secara langsung mahupun tidak langsung antara Daie dan Mad'u. Maka sesuatu komunikasi yang berkesan memerlukan kepada saluran dan media yang baik.

Kalau nak ikutkan, memang sudah tersemai bibit-bibit suka dan minat kepada perkara yang berkaitan dengan media sedari di Asasi UM lagi, dan perkara ini yang mendorongku untuk mengambil gandingan jurusan dakwah dan media.

Dalam masa hampir tiga tahun di Universiti Malaya ini aku sebenarnya mendalami ilmu dakwah dan media. Tetapi kalau belajar semata-mata (pelajaran dalam kuliah) tidak akan mematangkan dan menjadikan aku berpengalaman. Aku perlu melibatkan diri dengan aktiviti luar supaya ilmu dan kemahiran boleh diaplikasikan. Bak kata Hishamudin Rais, "pelajaran itu tidak boleh mematangkan seseorang, tetapi yang boleh mematangkan seseorang adalah kehidupan".

Jadi, aku melibatkan diri dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan mengambil kira segala teori yang dipelajari di kelas + minat dalam bidang media + tuntutan untuk berdakwah = maka aku pun bersilat dalam ruang media PMIUM. kalau nak diikutkan tidak banyak yang mampu aku buat (semasa dalam PMIUM), tetapi aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk memperaktikkan teori yang kupelajari.


Betul kata kawan ku (roomate) kepada ayahnya "belajar di Universiti bukan bermaksud menuntut ilmu sahaja (dalam kelas je), tapi jadi pengarah program, mengendalikan mesyuarat, jadi fasilitator program motivasi juga adalah belajar. Boleh belajar memimpin, belajar buat keputusan, belajar kira-kira kewangan, belajar melabur dan banyak lagi".

1 comment:

hanif_m_noor said...

bagus2, bole dijadikan contoh...