Wednesday, November 19, 2008

FAKTOR-FAKTOR & CIRI-CIRI KEMUNDURAN


1.       Faktor penduduk

-          Kepadatan penduduk mempengaruhi kemunduran sesesuah Negara

-          Nisbah orang muda dan tua memberi kesan negative kepada pendaptan perkapita, penggunaan dan daya pengeluaran

-          Pertambahan penduduk bermakna pertambahan bekalan makanan, kemudahan asas dan khidmat social di samping masalah penganguran.

-          Negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti India, Pakistan, Nigerian dan Indonesia.

-          Begtulah juga jika jumlah penduduk terlalu sedikit menyebabkan kekurangan tenaga seterusnya menghadkan penggunaan sumber asli.

-          Dari sudut jangka masa panjang, pertambahan penduduk akan mempercepatkan pembanunan ekonomi.

-          Menurut Meier dan Baldwin (1957), Negara maju mengalami kejatuhan kadar kematian sebelum mencapai pembangunan disebabkan pembanguna ekonomi itu sendiri.

-          Menurutnya lagi, kejatuhan kadar kematian di Negara mundur pula disebabkan hasil daripada kemajuan perkhidmatan kesihatan.

-          Jacob Viner (1963) pula mengatakan pertumbuhan penduduk yang tinggi hanya akan memberi kesan negative jika peluang pekerjaan tidak dapat berkembang serentak.

-          Colin Clark (1953) pula mendakwa pertambahan penduduk yang lebih cepat berbanding kadar pentumbuhan ekonomi akan mengakibatkan kemunduran melalui tekanan ke atas factor ekonomi.

-          Hal ini dinamakan sebagai “ Hukum pulangan bertambah berkurang”

-          Terdapat dua syarat untuk hukum ini iaitu mereka yang tinggal di kawasan kepadatan penduduk tinggi tidak menggunakan teknik pertanian lain daripada mereka yang tinggal di kawasan penduduk kecil. Syarat kedua ialah mereka tidak menggunakan nisbah modal-pekerja lebih tinggi.

 

2.       Masalah Sumber Alam

-          Mengikut Jacob Viner keupayaan ekonomi rendah berpunca dari masalah sumber alam juga penyebab kemunduran.

-          Sumber alam seperti mutu tanah rendah, kekurangan bahan logam, iklim, pengangkutan dll dan juga mutu kerja rendah dari segi kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan pemakanan.

-          Walau bagaimana pun hal ini juga bukan factor utama kerana Negara mundur seperti afrika, amerika latin dan asia merupakan Negara yang kaya dengan sumber alam (terutamanya logam)

-          Dari sudut Geografi juga dilihat iaitu dari segi pengangkutan atau kos pengangkutan yang tinggi atau kedudukan yang jauh dari jalan perdagangan utama turut menjadi pengahlan kepada pembangunan.

-          Walau bagaimana pun meier melihat kekurangan sumber alam secara perbandingan relatif iaitu berasaskan kepada kehabisan sumber akibat penggunaan ataupun kekurangan sumber akibat tekanan daripada pertumbugan pendudukan yang pesat. Penggunaan akan menyebabkan berkurangan sementara pertumbuhan penduduk akan memberi tekanan kepada sumber yang berkurangan.

-          Disebabkan kebanyakan Negara mundur adalah kaya dengan sumber alam, persoalan yang perlu dirungkaikan dahulu adalah siapa yang menggunakan sumber tersebut dan siapakah yang mendapat faedah daripadanya?..

-          Ini kerana kebanyakan kekayaan sumber asli Negara mundur diambil oleh Negara asing hasil daripada kerakusan penjajah, dan seterunsya menambah lagi tekanan terhadap kekurangan sumber asli.

-           Menurut Leibenstein, hasil pertania yang rendah disebabkan oleh tiga factor, 1 sebahagian modal pertanian di Negara tidak dapat diganti dengan tenaga buruh,2 negara maju mungkin menggunakan teknik pertanian yang lebih maju, 3 pada amnya mutu tanah di Negara maju adalah lebih tinggi.

-          Alasan bahawa penganugerahan sumber yang tidak berfaedah tidak berasas tetapi perkara yang sebenar adalah penggunaan tidak sepenuhnya sumber alam yang sedia ada.

 

3.       Kekurangan Modal

-          Akibat kekurangan modal biasanya menyebabkan tingkat daya pengeluaran menjadi rendah, pengangguran, guna tenaga tidak penuh, dan penggunaan tidak penuh potensi alam.

-          Akibat kekurangan modal ini juga, permintaan untuk bantuan ekonomi asing semakin meningkat, pengurangan imbangan pembayaran dan pengenaan kadar bunga yang tinggi dalam pemberian kredit.

-          Hal yang disebutkan di atas terus menekan dan menghalang pembangunan di Negara mundur.

-          Viner mengatakan bahawa kekurangan modal merupakan factor kedua selepas masalah mutu sumber alam dan tenaga kerja.

-          Iaitu, kerana kekurangan modal tidak boleh diukur dengan kadar bunga. Kadar bunga yang tinggi mungkin desebabkan oleh factor ekonomi yang berlainan seperti risiko yang tinggi dan keluaran sut modal yang tinggi.

-          Penting juga dilihat daripada sejauhmana sesebuah Negara bergantung kepada modal tempatan dan asing

-          Ini kerana, kegiatan dan penguasaan modal asing telah membawa kepada kemunduran iaitu dualisme ekonomi hasil dari pada penumpuan modal asing kepada sektor yang terpisah.

-          Definisi kekurangan modal menibulkan persoalan sama ada berkaitan ekonomi mikro (usahawan) atau ekonomi makro (Negara).

-          Walau bagaimanapun, kekurangan modal ini tidak boleh dijadikan sebagai factor utama kepada penghalang pembangunan ekonomi.

-          Ini kerana, misalnya di afrika, kemasukkan banyak modal dihalang oleh keupayaan ekonomi yang terhad untuk menyerap modal. Hal ini menunjukkan bahawa kekurangan peluang pelaburan yang menguntungkan.

-          Menurut little, di Afrika Tropika amnya, faktor modal tidak menjadi masalah, akan tetapi factor kekurangan tenaga kerja, pemecahan ekonomi benua dan kekurangan maklumat mengenai pelaburan yang menguntungkan yang menghalang pembangunan ekonomi.

-          Nurkse berpendapat bahawa, masalah asas ialah kekurangan intensif pelabur yang telah menghadkan saiz pasaran. Pengembangan pasaran menuntut kepada penurunan kos pengeluaran dan peningkatan daya keluaran. Hal ini bergantung kepada jumlah modal yang dilabur dan insentif pula akan timbul dengan terjadinya pengembangan pasaran.

-          Walau bagaimanapun pengembangan pasaran tidak hanya berlaku dengan peningkatan daya keluaran dan kejatuhan kos sahaja. Dalam hal ini, kejatuhan kos akan memberi peluang kepada pengembangan pasaran tetapi pengembangan pasaran tidak berlaku jika tiada hubungan yang erat dengan sektor produktif.

-          Maka timbul persoalan bagaimana terjadinya struktur ekonomi terpisah akibat daripada struktur ekonomi bekas tanah jajahan yang mana menghalang pengkhususan kerja pada peringkat tempatan dan persoalan mengapa sektor terpisah yang bertujuan eksport ini tidak berjaya mendapatkan pasaran luar yang lebih besar.

-          Jumlah Modal dalam Negara terdiri daripada modal asing dan modal tempatan

-          Masalah Modal asing di Negara mundur bukan hanya berkaitan dengan peluang pelaburan yang menguntungkan dan polisi kerajaan tetapi juga merangkumi masalah aliran modal antarabangsa dan perubahan yang berkaitan dengannya.

-          Hasil daripada perkara ini timbul persoalan kesan modal asing ke atas pendapatan, arah dan sifat pelaburan, pekerjaan, sturktur ekonomi, corak perdagangan luar, imbangan pembayaran dan hubungan ekonomi antarabangsa amnya.

-          Persoalan pembentukan modal tempatan adalah berkisar dengan sumber pengumpulan modal yang ada, corak penggunaan serta agihan pendapatan. Yang mana modal modal berpunca daripada lebihan ekonomi yang sedia ada.

-          Dari sudut corak penggunaan banyak mempengaruhi pengumpulan modal di Negara mundur. Antaranya ialah keanjalan permintaan untuk barangan keprluan asas. Selain itu, ia juga bergantung kepada sosio ekonomi dan faktor luar.

-          Jadi, kekurangan modal tidak boleh dikatakan ciri kemuduran. Atas sebab ini juga, masalah kekurangan peluang pekaburan dan keupayaan ekonomi Negara untuk menyerap modal juga sebagai ciri kemunduran tidak dapat diterima dengan sepenuhnya.

-          Sebaliknya masalah lain pula yang dikenal pasti sebagai punca utama kemunduran iaitu berhubung dengan corak aliran modal antarabangsa, trend pasaran dunia, masalah struktur ekonomi yang berkait dengan daya pengeluaran buruh dan persoalan struktur kelas.

 

4.       Daya Pengeluaran Rendah

-          Daya pengeluar rendah menyebabkan sebahagian besar daripada kemampuan pengeluaran digunakan untuk memenuhi kehendak pengguna sedangkan hanya lebihan kecil yang tinggal untuk pelaburan. Ia menyukarkan usaha pengumpulan modal dalam ekonomi.

-          Daya pengeluaran buruh juga bergantung kepada keupayaan fizikal dan intelektual.

-          Menurut Viner, masalah mutu buruh rendah, kekurangan usahawan dan pengurus, kekurangan pakar teknik, ditambah dengan jenis mutu serta industry yang lemah merumitkan keadaan.

-          Bagi Viner lagi, perbezaan antara Negara maju dan Negara mundur dari ini terletak pada faktor sejarah, kebudayaan, persekitaran, mutu kesihatan, pemakan dan pendidikan, termasuk sifat pucuk pimpinan dan elit sosioekonomi.

-          Oleh itu, masalah mutu buruh bukanlah punca kemunduran tetapi ia lebih dilihat sebagai akibat daripada kemunduran.

-          Sama seperti modal, mutu kerja yang rendah sahaja tidak boleh digunakan sebagai ukuran kemunduran. Ia memerlukan kajian kepada sejarah kewujudan mutu kerja yang rendah, hubungan dengan faktor yang lain dan implikasi social yang timbul.

 

 

 

 

1 comment:

spborocks said...

http://livescorespbo.club/ is a time-honored English spbo livescore football website in sports industry judi online for years. Here you can follow all soccer/football games with livescores, live results, upcoming schedules, exclusive match statistics, daily expert match previews, lineups and get matches live streaming Agen Sbobet Resmi

,link alternatif spbo : spbolive