Monday, June 23, 2008

KOMUNIKASI TANPA LISAN – dalam Dakwah


Kita tahu bahawa untuk menyampai mesej Islam biasanya dilakukan melalui pertuturan atau tulisan (bi alqawl, bi alkitabah). Ia merupakan kaedah utama yang digunakan oleh pendakwah hatta nabi-nabi dan rasul-rasul juga menggunakanya dalam menyampaikan mesej Islam. Contoh seperti khutbah dan juga surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada ketua-ketua Negara pada ketika itu.

Komunikasi tanpa lisan adalah segala perilaku atau tanda selain daripada perkataan atau tulisan yang wujud semasa proses komunikasi sedang berlangsung. Ia perlu diberi penekanan oleh Da’ie kerana ia berperanan dalam menentukan keberkesanan dalam penyampaian mesej Islam. Menurut Zulkiple Abd. Ghani, komunikasi tampa lisan adalah segala mesej atau urusan yang tidak direkodkan dengan perkataan termasuk segala pergerakan badan, tangan, nada suara, riak air muka, cara berpakaian dan penggunaan ruang waktu.

Komunikasi tanpa lisan sangat penting kepada seseorang da’ie dalam memulakan dakwahnya kepada mad’u yang ia tidak berapa mengenalinya. Ini kerana, seseorang da’ie itu sudah boleh mengetahui akan sambutan mad’unya terhadap perkara yang disampaikannya melalui riak muka dan pergerakan badan mereka.

Saya berikan satu contoh yang pernah saya alami iaitu ketika xpdc dakwah orang asli di pahang (tidak pasti kg mana). Kedatangan kami disambut dengan senyuman oleh masyarakat asli di situ, walaupun sebenarnya mereka dan kami belum pernah bertegur sapa sebelum ini. Hal ini menunjukkan kepada kami bahawa mereka mengalu-alukan kedatangan kami. Anak-anak kecil mereka berlari-lari dan menunggu kami di jeti. Maklumat seperti ini penting untuk diketahui oleh para da’ie dan sememangnya tidak dikodkan dengan perkataan tetapi ia memerlukan kepada tafsiran dan analisis yang bijak oleh da’ie.

Antara fungsi komunikasi tanpa lisan adalah pengulangan, mengganti, menyempurnakan, dan mengatur

1. Pengulangan

Sesuatu mesej yang disampaikan melalui tutur kata atau lisan selalunya disertakan dengan gerakan tubuh seperti genggaman tangan, riak muka, nada suara dan sebagainya. Ia adalah bertujuan unutk mengulang semula mesej yang disampaikan oleh kata-kata tadi.

2. Mengganti

Apabila sesuatu keadaan tidak mengizinkan seseorang itu berkomunikasi menggunakan perkataan disebabkan jarak yang jauh, biasanya, isyarat tanpa lisan boleh menggatikannya dan menyampaikan mesej yang sama. Contohnya adalah melambai tangan adalah untuk mengucapkan salam atau bertegur sapa.

3. Menyempurna

Kita selalu mendengar istilah demo atau praktikal. Kebiasaannya sesuatu perkara yang ingin kita ajarkan atau sampaikan kepada orang lain perlu dibuat atau dipraktikkan dahulu. Ia bertujuan untuk menyempurnakan pemahaman memsej atau arahan yang diberikan melalui lisan tadi. Contohnya, untuk mengajar seseorang solat, melalui arahan lisan sahaja mungkin mesej tidak dapat difahami dengan baik. Maka, cara terbaik adalah dengan mempraktikkan gerakkan solat seperti cara takbiratul ihram, ruku’, sujud dan sebagainya supaya mesej lisan itu difahami dengan sempurna.

4. Mengatur

Mengatur pula boleh difahami contoh situasi dalam kelas. Kebiasaannya apabila guru minta respon daripada pelajar, dia akan memandang kepada anak muridnya. Maka tahulah bahwa orang yang dipandang itu akan mesej gurunya.

No comments: