Thursday, September 25, 2008

Perkara Yang Baik di Shamawar

Sepanjang 1 bulan lebih saya bekerja di pejabar Shamawar Sdn Bhd; ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama. Syarikat ini dimiliki oleh sepasang suami Isteri iaitu En. Shakir dan Pn. Ani Mawar. Mereka mempunyai latar belakang pendidikan Agama yang baik dan boleh digelar Ustaz. Ada 2 perkara yang ingin saya kongsikan:

1. Perkara pertama adalah membaca doa dan tazkirah awal pagi.
Setiap awal pagi semua pekerja akan berkumpul dan membaca doa serta mendengar tazkirah. Hal ini sangat baik disamping dapat memohon keredhaan Allah dan dipermudahkan kerja, 'jiwa-jiwa' staf juga diikat secara tidak langsung antara satu sama lain supaya lebih erat dan membantu dalam aktiviti komunikasi seharian. Berdoa itu adalah senjata Mukmin. Perkara yang ditekankan dalam doa adalah;
  • Memohon restu dan Kasih Sayang Allah sepanjang menjalankan tugas dan amanah
  • Dijadikan golongan yang produktif dan berkualiti yang menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan.
  • Mohon dihindari daripada sifat lemah, malas dan bertangguh-tangguh.
  • Dianugerahkan kekuatan ilmu, iman, cetusan idea, kebijaksaan untuk terokai kejayaan
  • Diberikan pejuntuk ke arah kebaikan, ditanamkan sifat amanah, berrtanggungjawab.
  • Dijadikan insan yang berpandangan jauh.
  • Ditingkatkan i'tikad untuk mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan dan redha dengan segala ketentuan.
  • Diberikan ilmu yang manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutanfg yang terbayar.
  • Diperteguhkan hati antara pekerja. mempunyai sifat kasih-sayang, tolak ansur. Selain itu, setiap pagi juga dimulakan dengan mendengar tazkirah yang dibaca daripada buku pesan-pesan Rasulullah.

2. Perkara kedua adalah membuat 'Usrah' pada setiap hari sabtu.
Hari sabtu digunakan dengan sebaik mungkin bagi tujuan membuat usrah dimana pada slot selama 5 jam ini di isi dengan berbagai aktiviti besama yang berfaedah dan bermanfaat. Dari mendengar Motivasi, ceramah agama, ceramah keselamatan, dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang dilihat mampu untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi ukhwah antara semua staf dan pihak pengurusan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah bagaimana contoh pengurusan yang diamalkan oleh sebuah syarikat, disamping meletakkan keuntungan kewangan sebagai matlamat utama, ia juga cuba menyerapkan kefahaman dan amalan Islami dalam rutin harian. Semoga Allah memberkati segala usaha yang murni ini. Amin.


2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

awak masih lagi bekerja di shamawar ke?.. sebelum ni saya pernah bekerja untuk tempoh yang pendek di shamawar, apa yang anda katakan itu memang benar, saya sendiri terharu dengan suasan keukhwahan yang ada di sana... buat setakat ini saya tidak pernah berjumpa dengan mana-mana company yang mempunyai suasana bekerja seperti itu. secar jujur, saya rindukan suasana seperti itu...

sayasayangmamapapa said...

Salam, since awak dah cerita pasal Shamawar... boleh x saya nk tanya beberapa perkara...
sy dapat temudaga kerja di Shamawar.. saya nk tanya untuk temuduga 2 sya harus berpakaian kebangsaan atau pun seluar. Selain itu, kawasan situ dekat x dgn kemudahan pengangkutan seperti LRT dan kawasan perumahan..