Monday, July 7, 2008

Sesi 08/09, PENGAJIAN BARU BERMULA

Pengajian untuk sesi 08/09 Uni. Malaya bermula hari ini. Seperti biasa dua minggu pada awal pengajian ini merupakan minggu tambah-gugur subjek. Maka, mahasiswa berpeluang untuk memilih subjek yang benar-benar perlu baginya berdasarkan tuntutan pengijazahan, jadual waktu kelas dan peperiksaan, serta silibus pelajaran yang baik. Hal ini terdak terlepas bagi saya kerana saya masih mempunya 3 subjek yang perlu dihabiskan pada sesi ini. Mungkin ada yang bertanya kenapa saya masih lagi belajar, kerana sepatutnya sudah menamatkan pembelajaran pada sesi lepas. Ada juga yang meneka saya menyambung pelajaran ke pringkat master.

Hal yang sebenar adalah, saya masih belum lagi tamat belajar (peringkat degree) kerana masih belum cukup jam kredit yang melayakkan saya untuk bergraduasi. Bagi pelajar di APIUM, perlu menghabiskan 102 jam kredit sebagai syarat untuk bergelar graduan. Tetapi lain halnya dengan saya. Saya mengambil subjek Minor (pilihan) di Jabatan Pengajian Media (FSSS) dan disyaratkan untuk menambah 27 jam kredit lagi. Jumlah keseluruhan jam kredit bagi saya adalah 129 jam.

Saya mengucapkan selamat menyambung pengajian bagi sahabat-sahabat di UM samada dalam peringkat degree, master dan Ph.D. Pada sesi ini juga kita akan menghadapi bebrapa perkara ‘besar’ antaranya Puasa Ramadhan, istiadat konvokasyen dan juga pilihanraya kampus 08/09. kepada sahabat serumah yang baru bertunang semalam, tahniah diucapkan..

No comments: