Monday, June 2, 2008

DIAM ITU LEBIH SELAMAT?

"Peguam nasihatkan usah layan. Jika berlaku sekali lagi hal ini, saya tak akan teragak-agak heret dia ke mahkamah. Saya tak pasti apa lagi yang dia (Dr Mohd Asri) mahu dengan ini," kata Faisal kepada Malaysiakini melalui e-mel pertengahan Mei lalu.

Saya sebenarnya tidak ingin memberi komen mengenai apa yang berlaku antara Sdr. Faisal dan Dr. Asri berkenaan isu 'fahaman syiah' yang dikaitkan dalam artikel 'Bubur Ratapan Asyura'. Bukan kerana saya tidak berminat, tetapi kerana pengetahuan dan pendedahan terhadap 'perkara tersebut' yang sangat kurang menyebabkan keinginan saya terbatas. Walau bagaimana pun, saya tetap memandang perkara ini sebagai suatu yang 'besar' dan perlu di selesaikan dengan segera.

Persoalannya di sini, sebagai orang biasa (masyarakat di luar sana), akan tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku antara Dr. Asri dan Sdr. Faisal. Maka akan timbul, pihak yang menyokong Dr. Asri dan menyalahkan Sdr. Faisal, serta pihak yang menyokong Sdr. Faisal dan menyalahkan Dr. Asri. Pada pendapat saya, jika benar apa yang dikatakan oleh Sdr. Faisal, iaitu tidak teragak-agak untuk mengheret Dr. Asri ke mahkamah jika hal ini berulang, maka akan timbul pelbagai kesan yang boleh dijangkakan adalah negatif.

Sudah tentu, kedua-dua pihak akan mempertahankan kebenaran di pihak masing-masing. Dan mengakui bahawa masing-masing benar (berdasarkan hujjah ijtihad mereka) . Dan akhirnya, kita akan mendapati jawapan yang tidak pasti.

Adakah perselisihan antara Dr. Asri (dan orang yang berpihak kepadanya) dan Sdr. Faisal (dan orang yang berpihak kepadanya) ini boleh dikatakan sebagai peristiwa yang menyebabkan berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin?...bersambung

No comments: